Wednesday, March 23, 2011
perbezaan antara lelaki dan perempuan
1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada
lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam
daripada wanita.
2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama.
Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen
berbanding wanita supaya mereka dapat
menukarnya menjadi tenaga.
3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih
halus.
4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki
yang kasar dan besar suaranya.
5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih
panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan
sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza
disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan
struktur tubuh bagi melahirkan anak.
6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita
secara umum lebih bersikap mudah mengikut
kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih
sayang dan hubungan perasaan.
7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga
berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan
tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih
pengamatan luas dan membesar. Pengamatan
lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada
sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita
ibarat lampu suluh, yang membuka;
menampakkan banyak benda.
8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara.
Daripada perkara kecil sehingga perkara besar.
Sementara lelaki hanya menumpukan kepada
matlamat utama;
9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang
mereka bawa apabila berjalan keluar rumah.
Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih
besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil
sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan,
duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.
Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di
dalam beg tangan perempuan ada dompet duit,
kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-
up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip
kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala,
gambar suami, gambar anak, cermin mata
hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan
macam-macam lagi.
10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?
Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai
kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka
lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan
sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan
penumpuan wanita lebih lebar.
11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan
duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat.
Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya
selamat daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki
dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami
isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza.
Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang
ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri
yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa
keluar dari rumah awal 2 pagi.
Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling
kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja
dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta,
masuk dalam kereta dan hidupkan enjin,
kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke
pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang
anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa
hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak
belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu
memikirkan semua benda, kerana padanya,
apabila sesuatu terjadi, bagaimana
kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja,
asalkan semuanya beres.
Apabila si suami dan si isteri ke kompleks
membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke
pusat membeli belah dia melihat banyak benda
dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke
bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan.
Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-
jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut
setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak
membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang
ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada
lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti
perempuan.
Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita
mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki.
Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli
belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat
kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami,
apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk
kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain
lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke
rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk
bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan
berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih
berkasih sayang.
Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih
sayang antara lelaki dengan seorang wanita,
maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun.
Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita
itu, maka kita lebih berkasih sayang.
Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang
menyayangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment